loading...
Assalamualaikum semua. Aku sebenarnya nak kongsi sedikit kisah hidup aku. Aku membesar dengan mak kandung aku hingga umur 5 tahun. Satu hari, ibu aku tinggalkan aku yang umur 5 tahun ni dekat rumah pengasuh. Dah masuk 3 hari, mak aku tak datang-datang untuk ambil aku. Biasanya pukul 6 dah ambil aku bawa balik. Jadi pengasuh aku pun datang rumah sambil bawa aku. Sekali bila check dengan tuan rumah, barang dekat rumah dah tak ada. Kosong dah. Rupanya mak kandung aku ni dah lari dan tinggalkan aku dekat orang lain.
Jadi pengasuh ni tanpa berlengah terus laporkan aku dekat Jabatan Kebajikan Masyarakat dan akhirnya aku menetap dekat rumah anak-anak yatim dekat Selangor. Jadi dari umur 5 tahun sampai 8 tahun aku tinggal membesar dekat rumah anak yatim tersebut. Dekat rumah anak yatim ni setiap bulan akan ada satu aktiviti jemput orang luar datang. Terutama yang nak ambik anak angkat. Dari situ, ramai keluarga angkat datang. Biasanya masing-masing berlumba nak tunjuk sesuatu biar dapat jadi anak angkat.
Aku pun tolong dekat booth jual-jual makanan. Jadi lepas seminggu tu aku tengok ada dalam 2-3 budak keluar dari rumah anak yatim. Biasanya memang diorang akan jadi anak angkat. Biasa ramai yang sedih, ramai dekat situ nak ada keluarga angkat. Aku pun sama. Dan aku umur 8 tu terlalu sangat nak perhatian. Jadi minggu lagi satu datang satu keluarga suami isteri nak jumpa aku. Aku punya lah seronok berbual dengan bakal keluarga angkat aku.
Akhirnya, keluarga angkat aku setuju untuk ambil aku jadi anak angkat. Nama aku pun di tukar, mak kandung aku bagi nama ILHAM, keluarga angkat baru aku pula letak nama AMIRUL. Ibu dan ayah angkat aku. Dua-duanya Cikgu sekolah Menengah. Tapi bukan di sekolah yang sama. Aku punya lah teruja duduk dalam kereta, sampai rumah baru siap ada bilik baru. Mula-mula aku rasa agak sedikit rasa “awkward” tapi tak sampai seminggu aku dah okay dan sekolah baru, rumah baru, bilik baru dan yang paling penting keluarga baru! Bonda dekat rumah angkat aku selalu pesan setiap hari kena buat terbaik untuk keluarga angkat kita.
Dekat sekolah aku cuba jadi pelajar sebaik mungkin dan elok. Dekat rumah aku tolong Ibu tolong Ayah. Ibu lipat baju, Angkat baju, Basuh baju pinggan semua aku tolong. Lagi satu Ibu ni peramah sangat dan selalu bagi reward. Kalau aku baik satu hari tu nanti balik dia bawa KFC , Coklat dan macam-macam. Jadi aku setiap hari tu teruja nak tunggu Ibu balik.
Ayah memang agak sibuk sikit. Biasanya aku akan duduk berbual dengan ibu bila cuti. Ibu yang bawa berjalan, beli baju baru pergi tempat baru. Yang paling aku suka sekali pergi swimming pool. Dulu aku selalu dengar kawan-kawan aku dekat rumah anak yatim selalu cakap yang mak ayah angkat ni baik sekejap je. Tapi tak, bagi aku Ayah dengan Ibu dua-dua baik.
Aku sakit ke demam Ibu yang teman aku sampai tertidur. Nak makan apa, Nak beli apa Ibu dengan Ayah yang cuba dapatkan. Selalu aku malu nak cakap suruh beli itu atau suruh beli ini. Biasany, aku kemas rumah lawa-lawa basuh pinggan. Nanti Ibu pasti tanya ” ada nak beli apa-apa ke ni ?” Laju aku jawab ADA! Ada masa aku buat silap tapi biasa ibu memang jarang marah. Sebenarnya aku lebih rapat dengan ibu berbanding ayah. Ada juga sekali sekala aku dengar ayah dengan ibu bergaduh. Ayah marah ibu sebab selalu manjakan aku.
Tapi silap aku juga, lepas apa aku minta dapat. Aku jadi agak manja. Nak di takdirkan, 5 tahun kemudian Ayah kemlangan dan menlnggal dunia. Aku dengan ibu terkejut, ibu ni tak berhenti menangis. Lepas Ayah menlnggal ibu terus berubah. Pergi kerja, balik masuk bilik. Aku dengan ibu dah jarang bercakap. Kalau ibu balik aku selalu tanya . ” Ibu nak makan tak? ” Tapi ibu diam. Setakat geleng dengan angguk. Muka aku pun Ibu tak pandang. Benda ni berlarutan, sampai 4 bulan. Aku pernah juga masuk bilik kaunseling sekolah, jumpa kaunselor. Aku ingat sedikit sebanyak dia boleh bantu masalah aku. Tapi sayang, aku kecewa betul. Dah lah masalah aku tak selesaikan. Entah macam mana kisah keluarga aku ni tersebar. Cikgu asyik tanya hal rumah aku. Kawan-kawan aku pun tanya benda sama. Menyesal aku jumpa kaunselor sekolah.
Masuk bulan ke-5. Ibu duduk depan aku sambil cakap yang dia nak lepaskan aku. Dia tak larat dan rasa macam tak ada semangat nak ada anak. Aku terkejut sangat. Dalam hati aku ni dah menjerit. Aku pegang tangan ibu sambil “jangan lah ibu” banyak kali aku ulang siap menangis lagi. Ibu pula cuma minta maaf. Aku siap berjanji lagi nak jadi anak yang lagi baik. Tapi ibu tak endahkan langsung. Aku sedih sangat. Tapi nak buat macam mana, akhirnya lepas berjumpa ramai orang. Aku pun dapat berita ada seorang wanita yang sudi ambil aku jadi anak angkat. Waktu ni aku dah tak duduk dengan ibu.
Aku setiap hari tunggu, manalah tahu ibu datang nak ambil aku balik. Tapi dah berbulan-bulan ibu tak datang. Aku siap pergi pondok telefon nak cuba hubungi ibu. Tapi tak dapat. Akhirnya, aku give up dan terima nasib yang kali ke dua kena tinggal oleh keluarga sendiri. Lepas beberapa bulan, datang wanita yang nak ambil aku jadi anak angkat. Muda lagi, dan doktor. Mula-mula datang dia tanya aku ada sakit atau pernah kemalangan. Aku jawab tak ada, siap dia belek muka aku badan semua. Sekali rupanya ibu angkat baru aku ni doktor, atau lebih tepat doktor yang uruskan ibu bersalin, hal wanita,kanak-kanak dan lain-lain.
Jadi bila dah borak sekejap dan ibu angkat aku uruskan hal dokumen dan beberapa benda lain. Akhirnya, baru aku tahu yang aku bakal berpindah dekat Negeri Johor ikut Ibu angkat baru aku. Aku ingatkan, yang aku masih akan tinggal dekat sini tapi tidak. Jadi aku dengan rasa takut dan sedih dalam masa sama ikut Ibu angkat baru aku dan balik ke Johor. Dalam kereta Ibu angkat aku terangkan banyak benda yang aku lupa. Dan dia suruh aku guna panggilan “Mama” payah juga aku nak sebut biasa guna ibu.
Sampai rumah baru, aku kagum juga sebenarnya rumah ni lawa. Dan design dalaman dia memang cara western. Bilik aku pun design dalam dia cara western juga. Seminggu pertama aku tak banyak berbual, settle hal sekolah. Rumah aku dari sekolah tak jauh pun 5 minit jalan kaki sampai. Tapi cuma yang lain, gaya hidup. Kalau dulu dengan Ibu aku selalu sarapan nasi goreng, mee goreng, nasi lemak dan yang hampir sama. Tapi dengan Mama lain, pagi bangun dan ikut mama jogging. Biasanya seminggu 3-4 kali. Dalam rumah ni sendiri pun ada mini gym.
Tinggal dengan Ibu dulu, aku jarang betul exercise. Nak jogging tu lagi lah malas. Tapi dekat sini, nak taknak ikut juga. Banyak juga mama ajar, cara bernafas dengan betul. Teknik jogging tu sendiri dan cara pemakanan. Sarapan pagi selalunya cereal, toast dan sarapan cara western. Awal pagi, biasa Mama memang dah keluar pergi hospital. Kalau shift dia 24 jam dia akan balik sekejap ambil beberapa barang penting teman aku makan malam dan buat homework sebelum balik semula ke Hospital.
Memang sibuk sebenarnya, tengah tidur pun biasa ada call masuk pukul 2-3 pagi kena bangun. Jadi 2-3 bulan pertama aku cuba sesuaikan gaya hidup yang baru ni. Kami berdua memang jarang berbual, selalunya borak sikit tanya sekolah aku macam mana. Ada program yang dia kena datang ke tak sebab nak check schedule dia. Dekat sekolah aku tak ada masalah. Dulu dekat tempat lama aku, aku tak sekolah agama. Bila aku dah duduk Johor ni hampir semua masuk sekolah agama.
Jadi aku pun bagitahu Mama, yang aku nak masuk sekolah agama. Jadi tanpa buang masa mama daftar aku masuk. Rasa pelik sebenarnya mula mula masuk. Tapi ustaz dengan ustazah dekat situ semua okay. Kawan kelas aku pun okay walaupun diorang sekolah rendah aku sekolah menengah.
Aku pernah tanya mama pasal hidup dia. Terus terang mula-mula aku terkejut. Mama ni jenis orang dia serius dan tegas. Tapi bila dia bercerita, rasa macam lain sangat. Baru lah aku boleh nampak mama senyum, ketawa dan macam-macam lagi. Selalunya mama cakap goodnight dengan goodmorning pun guna muka serius.
Jadi mama pun cerita, aku pun dengar dari awal sampai habis. Dan mama pernah berkahwin selama 3 tahun sebelum bercerai. Aku tak tanya apa sebabnya, tapi mama ceritakan juga. Mama memang sibuk dengan kerja, bekas suami mama ni kerja akauntan. Sambil tu mama cerita yang diorang berdua ni dah bercinta dari sekolah menengah, universiti , kerja dan kahwin. Tapi Jodoh tak panjang. Baru berapa bulan bercerai bekas suami mama dah kahwin baru. Aku dengar, nak cakap takut terlepas cakap yang salah. Sambil mama cerita aku dengar dia mengeluh. Sedih dan sunyi.
Setiap 4 bulan, akan ada sekali orang dari (jabatan pendaftaran kot) yang datang lawat dekat rumah. Nak tanya pasal aku, nanti dia pergi sekolah interview sorang-sorang tanya pasal aku. Dengan cikgu, dekat aku dan Mama. Tak silap aku, proses untuk keluar sijil anak angkat makan masa 2 tahun.
Jadi selama 2 tahun hidup dengan mama, aku rasa hubungan kami ni macam tak ada progress langsung. Aku rasa macam kurang. Jadi datang lah satu konflik, benda ni puncanya dari aku. Aku rasa insecure sangat. Jadi hari nak ambil sijil anak angkat ni. Aku terlepas cakap, “betul ke mama nak jadi ibu angkat?” Mama diam kejap. Tapi bila dia nak jawab “betul” mama agak tergagap sikit. Jadi aku dah aku terus down. Hampir sebulan aku elak bercakap dengan mama ( mungkin ni era rebel aku kot )
Jadi lepas sebulan mengelak dari mama, akhirnya kami berdua ni bersemuka. Sampai sekarang scene ni jelas dalam memori aku. Mama panggil aku duduk sebelah dia. Aku pun patuh dan duduk. Jadi tiba-tiba mama keluarkan stetoskop. Mama pun panggil aku lagi sekali ” sini mama nak check ” aku pun datang dekat mama. Aku pun agak blur mama buat apa. Dia kejap check dekat jantung lepastu dekat belakang badan.
Jadi lepas dah dalam 2-3 minit ni. Tiba-tiba mama minta maaf. Dia tak tahu macam mana nak bercakap dengan seorang anak. Kalau bercakap sebagai doktor dia reti. Aku pun pandang muka mama dan mula cerita. Dari aku kena tinggal dengan mak kandung sendiri, sampai lah kena tinggal dengan ibu angkat pula. Aku sambil menangis ni pun luahkan yang aku takut kena tinggal lagi sekali. Sambil teresak-esak aku cerita. Entah berapa lama mama peluk, baru aku rasa tenang balik.
Esok pula, mama bawa aku pergi hospital. Tempat dia kerja, jadi aku pun ikut. Mama aku kenalkan dekat beberapa staff dan Nurse. Mama pun ambil satu seat ni suruh aku duduk dekat sebelah dia. Aku pun duduk tengok mama check pesakit dia setiap sorang. Lepastu pergi katil setiap satu tanya soalan. Aku pun dari belakang ikut tengok. Lepastu mama tunjuk tulisan dia “cuba baca tulisan ni” aku pun cuba lah tengok apa dia. Tulisan doktor memang aku tak faham. Mama dekat sebelah ketawakan aku.
Tengahari mama lunch ringan je. Aku pun perhati mama buat kerja check itu, check ini. Pergi bilik ni, lepastu pergi bilik lain. Entah berapa kali aku terlelap dekat situ. Malam baru balik rumah. Mama pun tanya aku, “penat tak?” Aku angguk. Aku yang tengok ni penat. Apa lagi yang buat kerja. Aku tengok nurse sekejap berlari bilik ni. Sekejap ke tempat lain. Orang yang mama check tu pula macam-macam ragam dan jenis.
Malam tengah duduk tengok tv. Mama minta maaf dekat aku. Selama ni dia pernah tahu pasal mak kandung aku tinggalkan aku dan ibu angkat aku lepaskan aku. Sebab utama mama nak ambil anak angkat. Dia sunyi. Balik rumah, gelap tak ada orang. Mula-mula mama cakap dia tak ada masalah dengan hidup dia. Pagi keluar kerja balik tidur. Jadi mama pun teruskan hidup setiap hari . Bila dah bercrai pun mama fikir dia okay. Sebab dah biasa hidup sorang. Tapi bila dah sambut banyak kelahiran dan nyawa baru dekat hospital tu. Dia rasa terdetik nak ada anak. Tapi di sebabkan faktor kerja, dia tak boleh nak angkat budak yang umur setahun dua. Jadi dia pilih umur 10 tahun ke atas. Akhirnya aku yang terpilih. Mama terangkan dekat aku, yang mama ni dari dulu jenis awkward. Tak tahu nak mula conversation.
Tak tahu nak jaga hati orang lain. Dan di sebabkan dia macam ni lah kena crai dengan suami sendiri. Aku dengar satu persatu cerita mama. Selama aku duduk dekat rumah ni, bab baju sekolah baju sukan dan hal sekolah aku yang uruskan sendiri. Rupanya aku salah, kalau Mama balik lewat malam dia masuk bilik aku. Check buku sekolah, check kerja rumah dia pun tolong double check aku punya jadual. Rupanya banyak kali aku terlupa gosok baju sekolah. Jadi malam-malam tu Mama yang gosok baju sekolah dengan seluar sekolah aku.
Baju sukan aku mama juga yang uruskan. Tapi aku tak perasan. Aku cuma fikir ” oh semua aku siapkan ” padahal aku ada tertinggal buku sekolah. Tapi malam tu mama yang tolong masukkan buku tersebut. Setiap malam pun mama rupanya duduk sebelah katil aku, tengok aku tidur. Kadang-kadang tu ngigau lah bercakap dalam tidur. Tapi itulah, benda tu semua aku tak tahu. Aku cuma ambik tahu benda yang aku nampak. Jadi kami pun sama sama lah memenuhi sesi menangis bersama.
Selepas kejadian tersebut, aku dengan Mama jadi rapat. Aku baru rasa yang hubungan kami anak beranak ni makin rapat. Selama ni aku rasa macam ada ruang kosong. Sekarang ruang tu dah ter isi. Mama sibuk dengan hal kerja dia, tapi aku faham. Aku sendiri dah tengok macam mana sibuk kerja mama. Ada sekali malam tu aku buat-buat tidur nak tunggu mama masuk bilik. Dalam gelap tu aku tengok mama perlahan-lahan buka lampu meja. Buka beg aku, keluarkan buku. Lama, sampai aku tertidur.
Sebulan sekali mama akan bawa aku bercuti merata-rata tempat. Beberapa bulan sebelum SPM, malam tu Mama kasi tahu aku ada orang nak jumpa. Aku tanya siapa, mama cakap nanti besok tahulah. Aku pun tengahri tu keluar dengan mama. Jumpa orang yang mama maksudkan. Rupanya orang yang nak jumpa aku tu, Ibu. Dari jauh aku nampak ibu senyum. Aku tengok wajah ibu jauh berubah walaupun baru berapa tahun.
Mama pun suruh aku temankan ibu jalan-jalan dekat sini. Aku sebenarnya terharu juga bila dapat jumpa ibu balik. Aku banyak kali cuba try hubungi ibu Sebelum tak dapat. Mama juga bawa aku pergi rumah lama aku. Tapi sayang Ibu dah pindah. Aku pun tanya Ibu sihat tak, rupanya Ibu baru lepas habis rawatan untuk depression. Patutlah aku tengok muka Ibu berubah, depressed dengan stress lagi. Ibu dah pindah dekat Melaka. Suara ibu yang dulu lembut pun sekarang dah jadi garau. Tiba-tiba ibu cakap
” dah besar anak ibu ” aku menangis depan ibu. Aku tak tahu pun selama beberapa tahun ni ibu ada depression.
” dah besar anak ibu ” aku menangis depan ibu. Aku tak tahu pun selama beberapa tahun ni ibu ada depression.
Aku minta maaf dekat Ibu, tapi ibu cakap yang salah dia. Dah janji nak jaga aku sampai bila-bila. Tapi tiba-tiba lepaskan aku. Ibu tanya dekat aku mama macam mana. Aku pun cerita pasal mama. Ibu pun senyum. Satu hari tu aku temankan ibu. Esok ibu dah kena balik Melaka, aku minta dekat Ibu nombor telefon dengan Alamat rumah. Habis SPM nanti aku akan datang lawat. Jadi lepas habis sesi menangis dengan Ibu balik tu Mama tanya macam-macam. Jadi mama pun suruh aku teman Ibu bila dah habis SPM.
Habis SPM aku pergi melaka duduk dengan Ibu sebulan, itupun sebab mama datang sini jemput. Dia cakap risau aku susahkan Ibu. Jadi kalau cuti aku datang jenguk ibu dekat Melaka. Aku sambung belajar pun dekat Bangi. Jadi kalau nak ke Bangi. Aku akan singgah melaka sehari dua lepastu baru ke Bangi. Kalau balik pun sama singgah ke Melaka. Aku sayang Mama dan aku sayang Ibu. Sekarang ni aku dah habis study dan mula kerja. Duduk asing dari Ibu dengan Mama. Dulu aku selalu fikir kisah aku ni tragis lah, sedih lah. Tapi makin lama aku rasa sejarah hidup aku ni hikmah. Ramai anak yatim piatu luar sana tak dapat merasa kasih sayang mak ayah, tapi aku ada dua ibu dan mama yang sayang aku.
Setiap hari aku berdoa harap mama dengan ibu aku di panjangkan umur dan sentiasa sihat. Dulu aku pernah juga ada cita-cita nak jadi macam mama nak jadi doktor. Tapi mama nasihatkan aku, pilih kerjaya dan hala tuju yang betul-betul aku nak. Tapi makin lama baru aku sedar yang cita-cita aku nak jadi doktor sebenarnya di sebabkan aku admire dengan Mama. Jadi aku ambil course culinary, aku suka duduk dekat dapur. Aku suka masak. Sekarang pun aku kerja dalam bidang tersebut.
5 tahun lepas aku ikut Mama pergi jumpa kawan-kawan dia. Dalam perjumpaan tu ada bekas suami mama sekali dengan anak kecik dia dan isteri. Jadi bila mama bawa aku dekat situ semua terkejut lah. “Betul ke ni anak kau, dah besar dan comelnya ” bekas suami mama pun terkejut. Walaupun aku bukan anak kandung mama. Tapi muka kami ni hampir sama. Dan lagi satu mama dia pakai glasses dan aku pun sama. Jadi bila ambik gambar atau berdiri sebelah orang sekali pandang akan tahu. ” Eh anak kau ke ni ” kalau orang tanya mama betul ke anak dia. Nanti mama pegang muka aku sambil cakap “cuba tengok muka aku ni sama ke tak dengan anak aku” nanti semua serta merta cakap eh betul lah sebiji. Aku dalam hati gelakkan je. Bekas suami mama yang tengok tu kami berdua ni pun dia rasa pelik.
Jadi nasihat aku dekat kawan-kawan dekat luar sana. Tak kira anak angkat atau anak kandung. Jaga ibu ayah kita ni elok-elok. Kadang2 tu kita sebagai anak ni rasa inscure betul ke ibu sayang kita? Betul ke ayah sayang kita? Ibu dengan ayah sayang kita. Tapi mereka cuma tak tunjuk. Aku harap bakal mak atau ayah angkat dekat luar sana. Kalau nak ambil anak angkat tu nanti jaga lah mereka sebaik mungkin.
– Anak mama dan Anak Ibu via iium
loading...
0 Response to "TAK SAΠGKA LEPAS AKU DUDUK DGN MAK ANGKAT, BILA MLM DIA SELALU MSUK BILIK AK. AK PURA2 TIDUR UNTUK SK0DENG DIA BUAT APA. ALLAHU."
Post a Comment